Hai uollsss...
harap sume sihat2 belaka..
maklum la skarang ni cuaca x menentu..
musim2 demam jekkk...ok la..
arini nak celoteh pasal tarikh lahir ikut kalendar islam..
okay.. dari kecik kite dah terbiasa dgn "hari" dan "tarikh" yg kite guna sehari-harian ni kan..
well.. stiap bulan ade 1 ke 28/29/30/31 ari.. Isnin sampai Ahad... January sampai Disember.. ni dinamakan sebagai Kalendar Gregorian. Details baca kat bawah ni..
Kalendar Gregorian
TAHUN Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.
Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).
Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.
Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.

Tetapi sebagai Orang yang beragama Islam kita mesti kene tau jgk bulan2 dah hari yg penting mengikut kalendar Islam... Ok.. Boleh baca dgn lebih lanjut kat bwh ni..
Kalendar Islam
KALENDAR Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.
Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

Ok.. ni secara ringkas je la.. nak detail boleh google search sendiri k..
entry kali ni sebenarnye nak bgtau kat uolllss yg uollls boleh check sendiri tarikh lahir korang tu jatuh pada dari & bulan apa dlm kalendar islam..
interesting right..
ofkos la klu tny parent bile korang lahir mmg la mereka boleh tau exact date & hari nya ye dak.. sbb kene register ikut sistem kalendar gregorian tu..
but mostly lupe atau x bape amik tau dlm kalendar islam pn..
so xyah wonder2.. korang leh try check sendiri..
ni tarikh lahir sy...
p kat link bwh ni k.. selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment